Sunday, April 22, 2012

Belajarlah menjadi seorang hamba yang bersyukur

Sepatutnya kita mesti menjadi seorang yang bersyukur kepada Allah Taala. Ini kerana betapa banyaknya nikmat yang dianugerahkan kepada kita setiap hari tidak terhitung banyaknya. walau pun kadang-kala kita sering kali mengeluh dan disebabkan sedikit kesulitan da kesusahan, itu sebenarnya hanyalah sedikit sahaja nikmat yang ditarik untuk seketika sahaja. Apabila mahu ke sesuatu tempat, kita dengan senang sekali untuk ke tempat tersebut kerana senangnya kemudahan pengangkutan. Kemudahan itu pula berhawa dingin membuatkan kita selesa menikmatinya. Apabila setiap kali menikmatinya, maka kita akan makin terbiasa dan apabila sistem penghawa dingin mengalami kerosakan, maka kita akan mengeluh.
Kita jarang sekali memikirkan tentang orang lain yang tiada kemudahan pengangkutan. Walau pun kita mengetahui betapa ramainya seorang ibu yang menggendong bayi ke hospital kerana bayinya sakit dan tidak mampu menghantar dengan kenderaan sendiri, kita menganggap itu adalah masalah mereka dan tiada kaitan dengan kita. Biarlah mereka sendiri menyelesaikan masalah mereka. Kita hanyalah sekadar melihat dengan pandangan simpati.
Setiap hari kita mempunyai amat banyak pilihan makanan untuk dimakan. Kita di Malaysia tidak risau dengan masalah kebuluran yang melanda sesetengah negara kerana ketiadaan. Penduduk bandar saban hari tidak menghadapi masalah untuk merasai kenikmatan makanan berupa ayam, daging dan lain-lain juadah yang sedap dan menyelerakan. Anak-anak seolah sudah terbiasa dengan jenama KFC, McDonald, Pizza dan lain-lain. Kerana sudah terbiasa banyak makanan, maka mereka merasa tidak menjadi kesalahan apabila dengan senang membuang lebihan makanan apabila sudah kenyang dan memakan sebahagiannya.
Apabila kita berkunjung ke pasar-pasar malam, kita juga dijamu dengan banyaknya aneka pilihan makanan. Kita juga tidak ada masalah untuk membelinya kerana mempunyai duit. Kadang-kala kita membeli dengan banyak berbanding yang akan memakannya dirumah hanya 2-3  orang sahaja. Selebihnya kita akan buang tanpa perasaan bersalah. Sekiranya tidak dibuang, maka ianya akan basi kerana tidak larat untuk menghabiskannya kerana kenyang. Amat jarang penduduk bandar yang menduduki rumah teres dan flet membela ayam dan itik untuk diberi lebihan makanan tersebut. Jadi, lebihan makanan tadi akan dibuang dalam tong sampah.

sumber: http://www.blogigo.co.uk/pengalamanku/Belajarlah-menjadi-seorang-hamba-yang-bersyukur/142/

No comments:

Post a Comment